



4 Disember 2025
Ketibaan Perdana Menter Datok Seri Anwar Ibrahim di Singapura disambut oleh sahabat beliau yang juga Perdana Menteri Lawrence Won.
PMX diraikan dengan jamuan tengah hari serta sesi pertemuan empat mata yang berlangsung dalam suasana penuh keakraban dan persahabatan.
” Saya merakamkan penghargaan atas layanan mesra yang ditunjukkan beliau serta Kerajaan Singapura lantas bukan mencerminkan nilai persahabatan peribadi antara kami, malah melambangkan kekuatan hubungan erat antara Malaysia dan Singapura yang telah terjalin sekian lama, ” jelas PMX dalam perkongsian di laman media sosialnya hari ini.
PERBINCANGAN YANG AMAT POSITIF
Dalam pertemuan tersebut, mereka mengadakan perbincangan yang amat positif mengenai beberapa perkara yang masih dalam tindakan bersama, termasuk isu kawalan ruang udara, bekalan air serta penyelarasan sempadan maritim antara kedua-dua negara.
PMX tiba di Singapura untuk memulakan program rasmi Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Pemukiman tahunan ini merupakan platform penting untuk pimpinan kedua-dua negara mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek, terutamanya perkara berkepentingan bersama.
Sebagai negara jiran yang terdekat serta sahabat ASEAN, diyakini hubungan diplomatik Malaysia dan Singapura yang semakin rapat dan kukuh dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua negara.
