CUEPACS terus gesa kerajaan segera menambahbaik skim PT yang lapuk

Oleh: Sholina Osman
4 DIS. 2025

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melakukan penambahbaikan ke atas skim gred perkhidmatan Pembantu Tadbir (PT) yang masih di tahap lapuk.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, berkata sekalipun usaha penambakbaikan ini telah dibawa setiap tahun termasuk Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu pun masih tidak diberi perhatian.

Beliau berkata ini kerana gred PT 1 hingga 5 ini bukan sahaja ketinggalan pada skim perkhidmatan lain yang lebih tinggi malah juga yang lebih rendah.

MENCAPAI GREF 5

“Kebanyakan mereka telah mencapai Gred 5 dan setiap tahun
kenaikan hanya RM30 di mana tidak akan membebankan kerajaan jika dinaikkan dari yang gred yang ada sekarang,” kata beliau pada pemberita selepas majlis perhimpunan PT peringkat negeri Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar hari ini.

Turut hadir Pengerusi CUEPACS Perlis, Norshahbudin Yaacob dan Pengerusi CUEPACS Gabungan Pembantu Tadbir (GAPETA), Anuar Mamat.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 100 PT daripada pelbagai jabatan di Perlis.

Adnan berkata skim PT wajar ditambahbaik kerana beban tugas yang ditanggung semakin meluas apabila jawatan kakitangan sokongan dikecilkan.

MENENANGKAN KELUH KESAH

“CUEPACS kini menjelajah ke seluruh negara supaya dapat menenangkan keluh kesah PT kerana tiada satupun tuntutan mereka dalam skim baharu SSPA diterima kerajaan,” kata Adnan.

Beliau berkata ini menjadikan PT kecewa tetapi CUEPACS yakin dengan siri penjelajahan ini dapat membangkitkan semangat untuk terus berkhidmat.

Adnan berkata PT yang berjumlah 130,000 orang ini kebanyakannya telah mempunyai kelulusan peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sekalipun kerajaan menaikkan gred PT, Adnan berkata kerajaan masih tidak terbeban dengan kos. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *