


2 Disember 2025
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Air Negara ke-7, platform tertinggi yang menyelaras dasar serta hala tuju pengurusan air negara antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri.
PMX berkata, mesyuarat turut meneliti status semasa banjir yang sedang melanda beberapa negeri dan kesempatan ini saya gunakan bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri, yang terus komited membantu rakyat yang terkesan dengan bencana ini.
‘ Hakikatnya, menghadapi bencana memerlukan sinergi dan iltizam yang padu antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, justeru, kita akan terus memperkukuh kerjasama bagi merangka penyelesaian menyeluruh, termasuk memastikan pemantauan rapi dan pelaksanaan segera projek-projek tebatan banjir.” jelas beliau dalam perkongsiannya di laman media sosial hari ini.
Beliau berkata, mesyuarat juga diberikan taklimat terperinci mengenai status pengoperasian empangan serta pengurusan sumber air di seluruh negara, yang mana ini amat penting bagi memastikan semua infrastruktur berada pada tahap optimum, selamat dan berdaya tahan.
” Insya-Allah, segala keputusan yang dipersetujui hari ini akan diterjemahkan kepada tindakan segera dan proaktif demi menjaga kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat,” ujar beliau lagi.
