

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita)
2 Disember 2025
Melihat susunan kabinet kerajaan negeri Sabah yang mengangkat sumpah semalam, tidak dapat dinafikan ialah ia seperti model Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat pusat.
Kabinet itu dianggotai oleh beberapa parti yang sedia bekerjasama dengan GRS yang mengetuai kerajaan negeri, meskipun berlawan ketika pilihan raya diadakan.
Inilah sebenarnya makna demokrasi sebenar di mana selepas keputusan diumumkan, perkqra yang diutamakan ialah mewujudkan kestabilan agar kerajaan negeri yang baru dibentuk dapat berjalan seperti sepatutnya.
Dengan demikian, tugas mengutamakan pembelaan rakyat adalah keutamaan selepas ini, manakala faktor politik diletakkan di belakang.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan pada awal pagi Ahad, manakala 10 lagi Ahli Jemaah Menteri mengangkat sumpah petang semalam di Istana Seri Kinabalu di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.
Berikut ialah senarai penuh Ahli Jemaah Menteri Sabah:
Ketua Menteri : Datuk Seri Hajiji Noor
Timbalan Ketua Menteri I : Datuk Dr Joachim Gunsalam (Menteri Kerja Raya dan Utiliti) – GRS.
Timbalan Ketua Menteri II : Datuk Masidi Manjun (Menteri Kewangan) – GRS.
Timbalan Ketua Menteri III : Datuk Ewon Benedick (Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan A UPKO.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan : Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif – GRS.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan : Datuk Jamawi Jaafar – PH.
Menteri Pembangunan Luar Bandar : Datuk Rubin Balang – GRS.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk James Ratib – GRS.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar : Datuk Jafry Ariffin – BN.
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat : Datuk Julita Mojungki – GRS.
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif : Datuk Nizam Titingan – GRS.
SUSUNAN KABINET YANG DIYAKINI
Dengan kepelbagaian parti dan pelbagai latar belakang, susunan kabinet ini adalah yang terbaik dan diyakini mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Sabah bagi tempoh lima tahun mendatang.
