Masa depan Malaysia bergantung kepada kepimpinan yang peka – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
27 NOV. 2025

Masa depan Malaysia bergantung kepada kepimpinan yang peka, adil dan tulus dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata termasuk urang Sabah yang berhak menikmati pembangunan secukupnya dalam semua aspek daripada infrastruktur, pendidikan, kesihatan hinggalah peluang ekonomi yang lebih luas.

“Prnsip kita kekal utuh yakni memastikan tiada sesiapa pun yang tercicir, dan setiap rakyat Malaysia merasai nikmat pembangunan secara saksama, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak,” Anwar dalam hantaran di FB.

MENYANTUNI MASYARAKAT CINA

Terdahulu Anwar menyantuni masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting dan DUN Elopura di Sandakan malam tadi.

Beliau berkata negara memerlukan kepimpinan yang benar-benar menjunjung kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum mahupun latar belakang.

“Itulah pesanan yang saya sampaikan sewaktu menyantuni masyarakat Cina di sini bahawa kerajaan ini berdiri untuk semua, dan setiap suara rakyat adalah sama penting,” tambah Anwar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *