
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan peranan aktif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah menghubungi Perdana Menteri Kemboja dan Thailand berkaitan krisis sempadan di kedua negara ini.
Beliau berkata ia demi memastikan apa jua perbezaan dapat ditangani dengan tertib, demi menjamin kestabilan dan keharmonian serantau.
“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Trump menerusi panggilan telefon sebentar tadi mengenai perkembangan terkini sempadan Kemboja-Thailand,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
MEMILIH RUANG DIALOG
Beliau telah menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.
“Saya menegaskan bahawa kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur,” kata Anwar. – JM
