

Wartawan JM
1 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh utama industri dan kewangan antarabangsa ketika menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2025 di Gyeongju, Republik Korea.
“Pertemuan ini membuka ruang memperkukuh kerjasama strategik, merancakkan pelaburan bernilai tinggi, serta memperteguh kedudukan Malaysia sebagai rakan kongsi yang diyakini dalam ekonomi serantau dan global,” kata Anwar dalam hantaran di FB. – JM
