





KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2025 β YB Datoβ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan pertemuan dua hala bersama Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ke-19 (ADMM) dan ADMM-Plus ke-12 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Pertemuan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan usaha memperkukuh peranan ASEAN dalam kerjasama pertahanan serantau, termasuk pengukuhan mekanisme ADMM dan ADMM-Plus, pembangunan keupayaan bersama serta agenda keamanan dan kestabilan serantau.
Pertemuan ini turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh peranan ASEAN sebagai platform utama dialog dan kerjasama pertahanan bagi memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini terus terpelihara.
