



Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
29 OKT. 2025
Malaysia dan Singapura sepakat untuk terus memperkukuh hubungan melalui dialog dan kerjasama berterusan dalam beberapa bidang utama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua pihak juga bersetuju untuk mengekalkan momentum rundingan sedia ada berasaskan semangat saling menghormati dengan memastikan hasilnya memberi manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.
“Saya menantikan kesinambungan usaha ini sewaktu Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12 pada bulan Disember ini,” kata beliau dalam hantaran di FB.
PERTEMUAN YANG PRODUKTIF
Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan yang produktif dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.
Anwar berkata beliau menantikan kesinambungan usaha ini sewaktu Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12 pada bulan Disember ini.
“Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Singapura terus subur, berlandaskan kepercayaan, saling memahami serta aspirasi bersama untuk kemakmuran dan kestabilan rantau ini. – JM
