



Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali, Shahnaz Fazlie
27 OKT. 2025
Pertemuan Malaysia-Jepun akan memperkukuh tekad bersama untuk memantapkan kerjasama dua hala, antaranya dalam bidang keselamatan maritim, daya tahan ekonomi, peralihan hijau serta urusan kemanusiaan yang semakin penting dalam lanskap serantau hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, dengan semangat saling menghormati dan keakraban yang sedia terjalin, Malaysia dan Jepun akan terus memperluas ufuk kerjasama baharu yang lebih progresif, inklusif dan berdaya tahan, demi keamanan dan kemakmuran bersama rantau ini.
Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Takaichi Sanae, dalam suasana penuh mesra, terbuka dan konstruktif. – JM
