SPRM, PDRM, KPDN, JKDM, MyCC kutip hasil rampasan, penalti RM15.5 bilion – PMX

Oleh: Sholina Osman
11 OKT. 2025

Sejak dibawah kerajaan MADANI, badan-badan penguatkuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjaya memperoleh hasil rampasan dan kutipan penalti hampir RM15.5 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terbaharu, PDRM berjaya menumpaskan sindiket haram terancang di Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang.

“Demikian maksud kami tatkala
menekankan tatakelola dalam pemerintahan. Bayangkan wang yang
disakau dan dirompak yang dapat dikembalikan dalam tempoh dua
tahun mencecah RM15.5 bilion,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Parlimen.

TERBIAR SEKIAN LAMA

Beliau berkata tidak dapat dimungkiri segala ketirisan ini telah terbiar sekian
lama kerana kurangnya tekad politik dan lemahnya penguatkuasaan.

Justeru, pada tahun hadapan, kata Anwar keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC ditingkatkan melalui latihan serta perolehan aset dengan peruntukan lebih RM700 juta.

JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital dengan ciri
keselamatan dipertingkat bagi membendung pemalsuan, serta
menangani ketirisan di pintu masuk negara melalui “Centralised Screening Complex CCTV”.

Jelas Perdana Menteei Ikhtiar e-Invois dilaksanakan secara menyeluruh mulai 2026, serta sistem taksir sendiri duti setem bagi memupuk pematuhan
cukai.

CUKAI TERLEBIH BAYAR

“Pembayaran balik cukai terlebih bayar juga akan disegerakan,” tambah beliau.

Beliau menjelaskan terdapat pemilik kenderaan mewah yang kian lama mengambil kesempatan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan
Labuan.

“Bagi menangani ketirisan tersebut, Kerajaan bercadang supaya pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan
dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300 ribu
berkuat kuasa 1 Januari 2026,” tambah beliau.

DILULUSKAN POTONGAN CUKAI

Kerajaan juga bercadang, kata Anwar program pencegahan rasuah anjuran
pertubuhan masyarakat sivil yang diiktiraf SPRM diluluskan potongan cukai sebagai projek berkepentingan nasional.

“Penderma yang membuat sumbangan tunai kepada program pencegahan rasuah diluluskan juga layak mendapat potongan cukai pendapatan,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *