𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐒 𝐃𝐈𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇, 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 – 𝐅𝐀𝐇𝐌𝐈

9 Oktober 2025

ShahAlam : Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang memuktamadkan proses untuk menyalurkan dana sebanyak RM50 juta bagi penubuhan Dana Perkhidmatan Pos.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata selaras dengan komitmen Malaysia sebagai anggota Kesatuan Pos Sedunia (UPU), dana pendahuluan yang akan diselia Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) itu disediakan bagi memastikan kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar.

Beliau berkata Dana Perkhidmatan Pos adalah inisiatif strategik bagi menyokong transformasi sektor pos agar kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam era komunikasi dan e-dagang.

Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Redly Pos Malaysia International sempena Hari Pos Malaysia 2025 di Pusat Mel Nasional hari ini.

📸 Amirul Azmi | BERNAMA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *