PMX terima kunjungan Jojo atlet Muay Thai muda mengharumkan nama Malaysia

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbesar hati menerima kunjungan Johan Ghazali (Jojo), atlet Muay Thai muda yang telah mengharumkan nama Malaysia yang telah menempah kejayaan yang amat membanggakan di pentas antarabangsa.

“Keazaman, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh Jojo mencerminkan nilai sebenar seorang anak muda Malaysia yang tidak mudah mengalah dalam mengejar impian,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Lebih membanggakan, kata Anwar Jojo turut aktif menyuarakan pandangan dan menyertai kempen kesedaran bagi membanteras budaya buli, serta menyuntik inspirasi kepada anak muda untuk membina keyakinan diri, keteguhan jati diri dan semangat positif dalam kehidupan seharian.

RAMAI ATLET MUDA

“Saya yakin dengan semangat dan dukungan berterusan, lebih ramai atlet muda akan lahir untuk mengharumkan nama negara di persada dunia,” tambah beliau.

Kata mantan Presiden Amerika Syarikat John F. Kennedy, โ€œask not what your country can do for you but ask what you can do for your countryโ€ yang menyemai budaya kecintaan kepada negara dan semangat kolektif membangun negara dan masyarakat.

“Tahniah Jojo atas kejayaan dan komitmen terhadap negara dan masyarakat,” kata beliau.

Justeru kata Perdana Menteri semoga Jojo teruskan usaha gigih yang menyinar serta meniup inspirasi kepada generasi muda yang cinta serta mahu menyumbang pada negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *