Kerajaan dipimpin berlandas iltizam turunkan harga minyak, naikkan gaji penjawat awam – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
1 OKT. 2025

Kerajaan yang dipimpin ini adalah berlandaskan iltizam iaitu telah menurunkan harga minyak sehingga RM1.99, menaikkan gaji penjawat awam setelah 12 tahun tertangguh, dan berusaha mengembalikan dana awam yang hilang, antaranya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata juga sudah buktikan bahawa kebijakan yang didirikan berasaskan teori ekonomi semata tidak memadai, tetapi ia mesti diseimbangkan dengan ihsan, rahmah dan prinsip keadilan sosial.

“Itu wajah sebenar reformasi yang kita damba dan perjuangkan bersama rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir pada majlis ke Rapat Umum KEADILAN Melaka.

ERTI TEKAD, SABAR

Beliau berkata dua puluh tujuh tahun usia perjuangan mengajar kita tentang erti tekad, sabar dan keyakinan bahawa kuasa mesti diolah dan diterjemah sebaiknya dalam membela nasib rakyat.

Justeru, kata beliau mesti ditegaskan bahawa reformasi juga bermaksud menolak kebejatan, menghentikan ketirisan, mengolah serta mensasarkan subsidi rakyat kepada yang memerlukan, dan pastikan pembangunan yang seimbang tanpa kira kaum, warna kulit, negeri mahupun wilayah.

Sementalahan, tambah beliau Malaysia mesti terus mengungguli dan menjuarai nasib warga yang tertindas dan dizalimi di Gaza dan terus cekal dan tegas menjulang diplomasi dan wacana yang sama sekali tidak menjejaskan pendirian ‘centrality’ kita. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *