




Selasa, 30 September 2025
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA), semalam.
Kunjungan diketuai oleh Presiden IKSNITA, YBhg. Datuk Dayang Hajah Khatijah ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan IKSNITA dan YB Timbalan Menteri, selain memaklumkan pelbagai perancangan program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat serta tahun hadapan.
IKSNITA merupakan sebuah persatuan aktif di Sabah yang komited memartabatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan. Persatuan ini juga pernah bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dalam penganjuran beberapa program bagi memperkasa wanita dalam pelbagai sektor.
YB Timbalan Menteri menyambut baik cadangan dan perancangan IKSNITA, selari dengan agenda kerajaan untuk memperkukuh peranan wanita sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara.
