ππ”πƒπˆπŸ—πŸ“: ππ„πŒπ„π†π€ππ† π‹πŒπŒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 ππŽπŒππŽπ‘ πŠπ€πƒ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 π‹π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈 πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ πƒπˆ 𝐉𝐏𝐉

30 September 2025

Putrajaya : Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan nombor kad pengenalan lama serta pesara polis dan tentera yang masih menggunakan Lesen Memandu Pasukan, diminta mengemas kini maklumat mereka di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hal itu bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima subsidi petrol di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata terdapat sekitar 0.88 peratus atau kira-kira 150,000 orang daripada hampir 17 juta yang layak menerima BUDI95, masih belum mengemas kini maklumat LMM dengan memberikan nombor kad pengenalan diri yang baharu.

“Ada sebilangan kecil golongan yang (nombor kad pengenalan) tidak menggunakan format angka 12 digit. Sejak zaman dulu pemohon-pemohon lesen memandu JPJ boleh menggunakan pelbagai nombor kad pengenalan tidak semestinya MyKad.

“Yang menjadi masalah kalau mereka tak kemas kini nombor MyKad mereka maka kita tak boleh baca dalam sistem BUDI95 itu ataupun tak boleh sahkan mereka Ini warganegara yang layak,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan BUDI95 hari ini.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2473104

πŸ“Έ Muhd Na’im | BERNAMA

BernamaImages

BernamaNews #BUDI95

Ministry of Transport Malaysia
Anthony Loke Siew Fook
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *