


31 Julai 2025
Kota Bharu :
Taktik licik sindiket yang menyeludup pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200,000 menggunakan perkhidmatan kurier termasuk membungkus bahan terlarang menyerupai coklat dan gula-gula berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, 15 Julai lepas.
Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata hasil maklumat orang awam, satu serbuan oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor terhadap sebuah premis kurier di kawasan perindustrian MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Beliau berkata, pemeriksaan yang turut disaksikan kakitangan syarikat kurier menemukan 14 kotak pelbagai saiz yang disimpan dalam sebuah kotak plastik berdaftar milik syarikat .
