YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSEMBAHKAN TAKLIMAT MENGENAI PELAN TEMPATAN KUALA LUMPUR 2040

29 Julai 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima sembah taklimat mengenai Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040).

PTKL2040 dipersembahkan oleh YBhg Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda di Istana Negara, pada hari ini (29 Julai).

Ia (PTKL2040) merupakan dokumen perancangan fizikal yang menjadi panduan utama pembangunan ibu kota bagi tempoh 15 tahun akan datang.

PTKL2040 telah diwartakan pada 28 Mei 2025 dan berkuat-kuasa mulai 11 Jun 2025.

Dokumen ini memperincikan hala tuju pembangunan bandar raya dengan fokus terhadap guna tanah, intensiti pembangunan, penyediaan infrastruktur, pemeliharaan alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup warga kota.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *