Agong tegur penggunaan media sosial tidak berhemah, titah hentikan muat naik maklumat sensitif ATM
Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Ismail
28 JUN 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menegur penggunaan media sosial dalam kalangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mahukan perkongsian maklumat berkaitan organisasi itu dihentikan serta-merta.
Seri Paduka Baginda bertitah peperangan antara Iran dan Israel memperlihatkan bagaimana maklumat daripada syarikat-syarikat teknologi awam, aplikasi pintar dan media sosial, mudah didapati untuk melakukan serangan.
“Janganlah memuat naik semua perkara termasuk maklumat berhubung organisasi, penempatan pasukan, lokasi gerakan dan lain-lain maklumat sensitif mengenai ATM.
“Saya mahu perkara ini dihentikan serta-merta. Guna akal fikiran dan jangan kita mendedahkan pelbagai perkara untuk tontonan umum. Adalah lebih baik kita beringat, supaya tidak menyesal di kemudian hari,” titah Sultan Ibrahim.
BERSEMPENA ISTIADAT PERBARISAN
Seri Paduka Baginda bertitah demikian semasa Titah Diraja bersempena Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia di Kem Perdana, Sungai Besi, hari ini (28 Jun).
Yang di-Pertuan Agong turut menyeru ATM untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi landskap geopolitik yang semakin mencabar dan tidak menentu.
“Peperangan di antara Iran dan Israel serta konflik di Gaza menunjukkan undang-undang antarabangsa juga tidak mampu untuk memelihara keamanan.
“Oleh sebab itu, adalah penting bagi ATM untuk sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Ini kerana kita tidak dapat tahu siapakah kawan dan siapakah lawan,” titah Seri Paduka Baginda. – JM