






Wartawan JM
25 JUN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan rasmi Tamu Kenegaraan Republik Kyrgyz, Presiden Sadyr Japarov dan delegasi di Bangunan Perdana Putra, pagi tadi (25 Jun).
Presiden Japarov kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Kali terakhir kunjungan rasmi Kyrgyz ke Malaysia adalah sekitar 30 tahun yang lalu.
“Pertemuan ini akan dimanfaatkan semaksima yang mungkin di pelbagai lapangan-lapangan penting, selain memperhebat serta menyemarak hubungan persahabatan Malaysia-Republik Kyrgyz,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di FB. – JM
