PMX hadir mesyuarat dua hala bersama Presiden Republik Kyrgyz, delegasi

Wartawan JM
25 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam mesyuarat dua hala bersama Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Japarov dan delegasi.

Beliau berkata, kedua pihak telah secara bersama menyentuh pelbagai bidang kerjasama strategik yang mencakup hal-hal perdagangan, pelaburan, pendidikan, tenaga boleh baharu, industri halal, pelancongan dan keselamatan serta kestabilan serantau.

“Kami juga menyambut baik potensi kerjasama dalam bidang teknologi digital, perbankan Islam, serta mobiliti pendidikan melalui biasiswa dan program pertukaran pelajar,” katanya dalam hantaran di FB.

Mengimbas kembali sejarah sejak lawatan Presiden Republik Akayez ke Malaysia tiga puluh tahun yang lalu, Anwar berkata kini adalah masa bagi memperkukuh hubungan di pelbagai lapangan dan mekanisme.

TEKANKAN KOMITMEN MALAYSIA

“Saya turut tekankan komitmen Malaysia dalam memperkukuh peranan negara Asia Tengah dalam kerjasama serantau termasuk ASEAN, serta berkongsi pendirian berprinsip terhadap isu-isu antarabangsa seperti Palestin, Afghanistan, Ukraine dan Iran,” kata beliau.

Beliau berharap dengan kunjungan ini membuka ruang baharu ke arah Perkongsian Komprehensif pada masa hadapan.

“Malaysia dan Republik Kyrgyz bukan sahaja rakan serantau dan dagang, tetapi juga merupakan sahabat dalam menjulang nilai keamanan, kemajuan dan kemanusiaan sejagat,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *