


Oleh: Sholina Osman
24 JUN 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat kali pertama memperkenalkan dua program biasiswa iaitu Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE.
Kenyataan media MCMC memaklumkan tawaran dua biasiswa ini dirangka bagi membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia (C&M) yang semakin berkembang pesat di Malaysia.
Malah inisiatif MCMC menawarkan biasiswa sebagai mencerminkan komitmen jangka panjang dalam membangunkan barisan bakat
berkemahiran tinggi dan demi memajukan sektor komunikasi dan multimedia negara.
Kedua-dua biasiswa ini menyediakan pembiayaan penuh serta pendedahan
industri secara berstruktur bagi melengkapkan bakat muda Malaysia dengan kemahiran dalam bidang pengajian seperti telekomunikasi, media, dasar pengawalseliaan, keselamatan siber dan Internet of Things (IoT).
MELAHIRKAN BAKAT MUDA
Biasiswa ini menunjukkan komitmen MCMC untuk melahirkan bakat muda yang dapat menyokong kemajuan digital negara. Melalui peluang berdasarkan merit dan keperluan, MCMC membantu golongan belia berkembang, menyumbang secara
bermakna, dan membina masa depan dalam bidang komunikasi dan multimedia.
Mengenai Biasiswa MCMC LEGASI
Biasiswa MCMC LEGASI (Leaders of the Next-Generation Scholarship) merupakan biasiswa berasaskan merit yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan komunikasi dan multimedia di universiti terkemuka sama ada dalam atau luar negara.
Selain pembiayaan penuh bagi yuran pengajian dan kos sara hidup, program ini turut menawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC.
Penerima biasiswa akan didedahkan kepada bidang seperti pembangunan
peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar, dan keselamatan rangkaian.
DALAM PELBAGAI KEMAHIRAN
Mereka juga akan menerima latihan dan pensijilan dalam pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin sektor ini selepas tamat pengajian.
Mengenai Biasiswa MCMC CARE
Biasiswa MCMC CARE merupakan biasiswa berasaskan keperluan yang bertujuan membantu pelajar berpotensi tinggi daripada komuniti yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.
Selain bantuan kewangan penuh, para penerima biasiswa juga akan mendapat peluang menjalani latihan industri di MCMC.
Maklumat Permohonan Permohonan bagi kedua-dua program biasiswa ini akan dibuka hari ini pada 24 Jun
2025 hingga 24 Julai 2025.
PLATFORM MEDIA
SOSIAL
Sebarang makluman terkini akan dikongsikan menerusi platform media sosial rasmi MCMC.
Penerima biasiswa yang berjaya akan dihubungi pada Ogos 2025.
Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan permohonan dalam talian, sila layari: https://mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1 – JM
