



Wartawan JM
12 JUN 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Institut Latihan KKM (Pergigian), Georgetown.
MCMC dalam hantaran di FB memaklumkan ia telah melibatkan seramai 128 pelatih yang telah menamatkan kursus Diploma Terapi Pergigian.
Modul yang digunakan ialah Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) bagi Belia Rendah (18–30 tahun) yang disampaikan oleh empat fasilitator.
MENERUSI AKTIVITI INTERAKTIF
Program ini dilaksanakan menerusi aktiviti interaktif seperti sketsa permainan “Save Our Scroll”, yang merangkumi pelbagai topik seperti penipuan dalam talian, Macau Scam, love scam, phishing, berita palsu dan terlebih kongsi.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan memberi impak positif dalam membentuk sikap berhemah dan bertanggungjawab dalam penggunaan Internet dalam kalangan belia. – JM
