Malaysia-Poland setuju beri komitmen teguh perkukuh hubungan dua hala – PMX

11 JUN 2025

Malaysia dan Poland bersetuju untuk memberikan komitmen teguh dan berterusan bagi memperkukuh hubungan dua hala ke dua negara ini ke tahap yang lebih strategik, inklusif dan menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara yang menjadi fokus termasuk perluasan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran Poland dan Eropah, serta pengukuhan eksport produk perkayuan yang bernilai tinggi.

Beliau berkata, turut diberi perhatian ialah kerjasama dalam aspek perolehan pertahanan dan perdagangan produk kayu dan balak yang lestari, memandangkan potensi sektor ini dalam menjana nilai tambah ekonomi.

TENTANG PELUANG KERJASAMA

Jelas Anwar, kedua pihak juga turut menyentuh tentang peluang kerjasama dalam sektor elektrik dan elektronik, termasuk pembangunan teknologi baharu seperti hidrogen hijau, selari dengan agenda kelestarian dan peralihan tenaga yang sedang dipacu di peringkat global.

“Kedudukan Poland sebagai rakan strategik Malaysia dalam Kesatuan Eropah menjadikan hubungan ini amat penting untuk terus diperkasa,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar dan Presiden Poland Andrzej Duda Kancelaria Prezydenta RP telah menghadiri sidang media bersama.

MAJLIS JAMUAN MAKAN

Perdana Menteri juga meraikan Poland Andrzej Duda pada majlis jamuan makan tengah hari di Kompleks Seri Perdana.

Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh harmoni diserikan dengan persembahan tarian tradisional serta kebudayaan pelbagai kaum yang mencerminkan keindahan, keharmonian, dan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.

Semoga hubungan Malaysia–Poland terus diperkukuh dan diperkembangkan, demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dalam jangka masa panjang,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *