KDN terus jalankan tanggungjawab jaga kesucian al-Quran – Saifuddin

7 JUN 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus menjalankan tanggungjawab bersama dalam menjaga kesucian al-Quran yang bukan hanya perlu dihormati, tetapi ia juga mesti dipelihara secara sah di sisi undang-undang.

“Saya ingin tegaskan bahawa setiap teks, bingkai atau apa-apa cetakan ayat suci al-Quran yang dicetak, diimport, diterbit atau dijual wajib mendapatkan kelulusan daripada KDN terlebih dahulu,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, ini bukan soal birokrasi semata-mata, tetapi usaha untuk mengelakkan kesilapan dalam ejaan, makna dan penyampaian ayat suci al-Quran yang boleh membawa kepada salah faham dan penyebaran maklumat yang tidak sahih. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *