Pemimpin masyarakat Orang Asli terharu dijemput ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
5 JUN 2025

Majlis Jamuan Teh Diraja sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun 2025 turut disertai tetamu jemputan khas iaitu pemimpin masyarakat Orang Asli.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir adalah dari suku Temuan dan Mah Meri dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Batin Juli bin Blat, pemimpin Suku Temuan, berkata beliau amat terharu apabila mendapat jemputan daripada Istana Negara bersempena Majlis Jamuan Teh Diraja.

“Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda dan ini merupakan pertama kali saya ke Istana Negara bersama pemimpin suku kaum lain.

MENUNJUKKAN BETAPA SAYANGNYA

“Ini menunjukkan betapa sayangnya Seri Paduka Baginda kepada rakyatnya, sebagaimana yang sering dititahkan Baginda mengenai perpaduan antara kaum,” katanya.

Majlis turut dihadiri dua pelajar cemerlang yang bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard iaitu Athena Siow dan Namira Lee Tzu.

Selain itu tetamu-tetamu jemputan yang turut hadir ialah tokoh guru, atlet kebangsaan, orang kelainan upaya (OKU), karyawan serta bekas polis dan tentera. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *