Hubungan dengan Guinea-Bissau jadi platform Malaysia perkukuh penglibatannya di benua Afrika – PMX

5 JUN 2025

Hubungan dengan Guinea-Bissau merupakan platform strategik untuk Malaysia memperkukuh penglibatannya di seluruh benua Afrika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyifatkan hubungan dua hala ini disifatkan sebagai pintu masuk penting bagi perdagangan, pelaburan dan kerjasama diplomatik, malah bakal memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti industri halal, kewangan Islam, tenaga serta latihan dan pembinaan kapasiti.

“Sokongan Malaysia juga dizahirkan terhadap usaha pembinaan kapasiti melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), dengan menawarkan biasiswa dan latihan khusus dalam pelbagai sektor termasuk tadbir urus, agroteknologi dan pentadbiran awam,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Perdana Menteri dan Presiden Umaro Sissoco Embalo mengadakan sidang media bersama.

JAMUAN TENGAH HARI

Perdana Menteri kemudiannya meraikan Presiden Embalo dalam jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana.

Juga diadakan selingan persembahan tarian dan kebudayaan menemani sesi santai ini lantas memperlihatkan keindahan dan kepelbagaian warisan Malaysia.

“Moga hubungan antara Malaysia dan Guinea-Bissau terus kukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *