






Oleh: Sholina Osman
4 JUN 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Wisma BERNAMA.
Dalam perkongsian FB Kementerian Komunikasi, semasa berucap Fahmi berkata HAWANA 2025 bertemakan “Kewartawanan Era Baharu: Keseimbangan AI dan Etika” akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 hingga 15 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Beliau berkata, ia dijangka akan melibatkan lebih 1,000 pengamal media, wakil persatuan wartawan tempatan dan wakil media dari negara anggota ASEAN.
STUDIO SIARAN BERGERAK
Fahmi turut merasmikan MOTORHOME BERNAMA Mobile Studio yang menjadikan BERNAMA antara agensi media di Malaysia yang memiliki studio siaran bergerak lengkap untuk pelaporan berita di lapangan.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025, Arul Rajoo Durar Raj. – JM