


Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
3 JUN 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat di Istana Negara, hari ini (3 Jun).
Surat Cara Pelantikan dikurniakan kepada Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.
Hadir sama, Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamed Zin. – JM