







28 MEI 2025
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengiringi isteri-isteri pemimpin ASEAN sempena sesi lawatan ke reruai jualan dan pameran bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2, dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“Penganjuran reruai ini telah menghimpunkan 25 pengusaha dan syarikat tempatan bagi mempromosikan produk serta perkhidmatan buatan Malaysia. Antara kategori yang diketengahkan termasuk kraftangan, makanan dan minuman, serta perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan syarikat korporat tempatan,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB.
Turut hadir, isteri Menteri Luar Negeri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. – JM
