PMX terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

22 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (US-ABC) yang diketuai Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan Serantau Brian D. McFeeters

Beliau berkata, US-ABC adalah organisasi bukan bermotifkan untung yang menjalankan penyelidikan dan analisis keadaan ekonomi, alam sekitar, kewangan, politik dan sosial di negara-Negara ASEAN.

“Dalam pertemuan ini, wakil syarikat-syarikat multinasional yang hadir telah memberi maklum balas baik susulan pertemuan kami pada tahun lalu dimana pelbagai kerjasama baharu telah terbentuk selain daripada memudahcara kepada penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi mereka,” katanya dalam hantaran di FB.

Selain daripada komitmen untuk terus melabur di Malaysia, Perdana Menteri berkata, pihaknya turut bertukar pandangan terkait pendekatan kearah memperkukuh pengembangan industri melibatkan dasar, tenaga mahir dan dana.

“Natijahnya, penting bagi Kerajaan meneruskan dialog bersama pemain industri bagi memastikan dasar-dasar dan pelaksanaannya membuahkan hasil seperti yang dihasratkan,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *