PMX tunai solat Jumaat Surau Al-Iman, Presint 9, Putrajaya

10 MEI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai jemaah untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Iman, Presint 9, Putrajaya.

“Khutbah bertajuk ‘Hebahkan Pernikahan, Sempurnakan Tuntutan’ mengingatkan tentang kepentingan membina institusi perkahwinan melalui ikatan akad yang sah, sebagai jalan yang dihalalkan oleh syarak untuk menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan sebagai suami isteri,” katanya dalam hantaran di FB.

Tambah beliau khutbah juga menekankan kewajipan mematuhi peraturan pihak berkuasa agama, khususnya Jabatan Agama Islam yang disebut sebagai Ulil Amri, dalam urusan pendaftaran pernikahan — satu tuntutan asas dalam agama yang wajar diberi perhatian oleh setiap pasangan, terutamanya yang bermastautin.

Selesai solat, Perdana Menteri juga beramah mesra dengan para jemaah.

Beliau juga menjamu selera bersama masyarakat setempat di Restoran Kampung Pandan dalam suasana santai dan penuh harmoni sebelum pulang ke pejabat untuk meneruskan tugasan rasmi berikutnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *