Fadhlina hadir “High-level Dialogue on Education Reform Contexts: 1st SEA-PLM”6 MEI 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir ke majlis “High-level Dialogue on Education Reform Contexts: 1st SEA-PLM Country-level Strategic Workshop in Malaysia” di Putrajaya.

Pada acara ini beliau menekankan kepada peserta bengkel bahawa pada ketika ini Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi tumpuan penuh kepada agenda Reformasi Pendidikan yang giat dilaksanakan di setiap peringkat.

“Penyertaan Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa seperti PISA, TIMSS dan SEA-PLM membuktikan iltizam Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya dalam hantaran di FB.

Fadhlina berkatq, sumbang saran peserta bengkel yang terdiri daripada ahli sekretariat SEA-PLM dan UNICEF adalah penting bagi menambah baik kualiti kurikulum sedia ada, pembangunan guru, fasiliti dan perkembangan murid. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *