Malaysia pergiat perkukuh kerjasama negara ASEAN, negara jiran termasuk Maldives – PMX

29 APRIL 2025

Malaysia sedang mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama dalam kalangan negara ASEAN serta dengan negara jiran seperti Maldives, bagi berkongsi aspirasi bersama ke arah pembangunan dan kemakmuran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan kepimpinan kerajaan semasa di Maldives, kini terdapat tekad yang jelas untuk memajukan negara tersebut dengan dasar yang lebih terarah.

MENGHARGAI HUBUNGAN ERAT

“Kami amat menghargai hubungan erat antara rakyat Malaysia dan Maldives yang telah terjalin sekian lama selain melihat potensi besar untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, inovasi digital, dan kelestarian alam sekitar,” katanya menerusi hantaran di FB.

Beliau melontarkan harapan tersebut sewaktu Forum Perniagaan 2025 bersempena dengan lawatan rasmi Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu ke Malaysia.

“Malaysia dan Maldives telah lama menjalin hubungan dua hala yang kukuh, berasaskan keserasian dalam dasar-dasar, sistem politik, dan persefahaman yang mendalam,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *