Penguasaan digital termasuk AI jadi keperluan untuk kekal bersaing – PMX

26 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penguasaan digital, termasuk kecerdasan buatan (AI), kini menjadi keperluan untuk kekal bersaing dalam pasaran global yang sentiasa berubah.

Beliau berkata, perubahan ini menuntut keberanian dan kesiapsiagaan semua pihak—termasuk warga pendidik, pelajar institusi pengajian tinggi, serta murid-murid di peringkat sekolah.

“Dalam menghadapi perubahan ini, kita tidak boleh melupakan asas utama pembinaan insan yang seimbang—penguasaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Perdana Menteri hadir menyempurnakan Majlis Santuni Kasih Bersama Pelajar-Pelajar Parlimen Tambun di Ipoh, Perak.

BUKAN SAHAJA PENTING

Beliau berkata, asas ini bukan sahaja penting untuk membina individu yang berilmu, tetapi juga membentuk manusia yang baik dan berbakti.

“Saya ingin tekankan bahawa matlamat penguasaan ilmu bukanlah semata-mata untuk kejayaan peribadi, malah ilmu yang dimiliki akan memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

Sebelum beredar, beliau sempat menyampaikan bantuan sebanyak RM500 kepada 2,000 pelajar dalam kawasan Parlimen Tambun, dimana bantuan ini adalah hasil Strategik Majlis Santunan Kasih KPKT dengan kerjasama Berjaya Care Foundation.

“Semoga ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” jelasnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *