



Petikan FB Fahmi Fadzil
26 APRIL 2025
Hari ni saya bersama-sama pasukan Kementerian Komunikasi, khususnya MCMC turun padang ke Sepilok, Sandakan.
Alhamdulillah, dapat buat pemeriksaan liputan Internet di kawasan pelancongan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (di bawah Jabatan Hidupan Liar Sabah) dan Rainforest Discovery Centre (diselia oleh Jabatan Perhutanan Sabah).
Pihak CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM Tech) dan YES (YTL) juga turut serta.
Secara keseluruhan, liputan di kedua-dua kawasan tumpuan pelancong ini adalah memuaskan.
MASIH ADA “SPOT”
Namun, masih ada “spot” yang agak lemah liputannya.
Jadi, saya telah arahkan penyedia perkhidmatan mudah alih yang terlibat untuk ambil tindakan sesegera mungkin bagi tingkatkan kualiti liputan.
Pada masa sama, “public wifi” pun perlu ditambah baik dengan cepat, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. – JM
