




24 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Beliau turut menyantuni warga kementerian berkenaan dalam suasana yang santai dan harmoni.
“Majlis ini menjadi peluang berharga untuk bertegur sapa, bertukar pandangan mengenai isu semasa, serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain,” katanya dalam hantaran di FB.
Perdana Menteri berkata, semoga Syawal ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai ruang memperkukuh ukhuwah dan semangat Malaysia Madani. – JM