Hanya tujuh aduan PRK DUN Ayer Kuning diterima – Saifuddin

24 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya hanya menerima tujuh aduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau berkatq, ini satu petunjuk positif kerana tahap pematuhan yang tinggi oleh semua pihak.

“Tapi ingat, kempen bukan medan untuk menabur kebencian. Berbeza pendapat itu biasa, tapi biar ada adab,” katanya pada hantaran di FB.

Sebelum itu beliau menerima
taklimat daripada pihak polis tentang persediaan PRK DUN Ayer Kuning

Beliau berkata, pujilah calon sendiri, tapi jangan hina lawan.

“Fitnah dan maki hamun bukan budaya kita,” katanya.

“Lepas 14 hari kempen, kita semua masih perlu hidup bersama jadi undilah dengan tenang serta berkempenlah dengan fakta,” tambahnya.

Saifuddin berterima kasih kepada semua petugas dan pasukan PDRM yang komited memastikan 32,000 pengundi di Ayer Kuning dapat menjalankan tanggungjawab tanpa rasa bimbang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *