
Petikan FB Fadhlina Sidek
24 APRIL 2025
Alhamdulillah. Bangga sungguh saya dengan pasukan para asatizah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap.
Tahniah kepada Ustazah Nursyahirah Sofiya, Noorzilawaty, Norhayati, Roslina dan Mohamad Shamsuri.
Mereka telah membangunkan model AMALIN ( Adaptive Madrasah Learning Innovation) dalam usaha untuk membentuk Karamah Insaniah murid-murid SK Sungai Bakap.
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
Model ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bidang pendidikan Islam.
Saya sangat bangga dengan para asatizah ini bukan sahaja kerana mereka telah membangunkan model AMALIN yang cukup kemas tetapi yang lebih membanggakan mereka mewakili Parlimen Nibong Tebal!
Komitmen saya adalah untuk memastikan bahawa kerja keras para pendidik di seluruh negara termasuk di Nibong Tebal menjadi rujukan dan mampu diangkat menjadi model kebangsaan, malah dunia!
Tahniah! Orang Nibong Tebal memang hebat! – JM