








16 APRIL 2025
Nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi, perpaduan dan belas kasihan sangat penting untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekan perkara itu sewaktu berucap pada “International Conference On Civilisation Dialogue 2025” di Universiti Malaya (UM).
“Apabila kita mengamalkan nilai murni seperti bersikap baik, jujur dan adil antara satu sama lain—tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang—kita membina keharmonian dalam kalangan rakyat,” katanya dalam perkongsian di FB.
Perdana Menteri berkata, menunjukkan peri kemanusiaan bermaksud rakyat di negara ini saling mengambil berat dan menyelesaikan masalah dengan kefahaman, bukan dengan pergaduhan, mencaci mahupun maki hamun sesama kita.
“Apabila rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada nilai-nilai yang baik, Malaysia akan kekal bersatu, aman dan terus maju sebagai satu bangsa Malaysia,” katanya. – JM
