MCMC sedia kemudahan digital kepada mangsa insiden kebakaran Putra Heights

Oleh: Sholina Osman
13 APRIL 2025

Seramai 37 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang kehilangan harta benda akibat insiden kebakaran di Putra Heights telah menerima kemudahan berupa komputer riba daripada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi.

Kenyataan media MCMC juga memaklumkan akan juga menyediakan peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah yang terlibat serta komputer riba kepada sekolah-sekolah yang terkesan di sekitar Putra Heights.

Pemberian kemudahan ini akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh yang terdekat.

“Secara keseluruhannya, MCMC akan mengagih sejumlah 302 unit komputer riba (37 unit kepada mahasiswa dan 265 unit kepada sekolah) serta 620 unit telefon
bimbit kepada setiap isi rumah yang terkesan,” kata kenyataan itu lagi.

SATU MAJLIS RINGKAS

Pemberian tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam satu majlis ringkas baru-baru ini semasa lawatan bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran.

MCMC berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mangsa khususnya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian serta perhubungan komunikasi yang penting terutamanya dalam situasi ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *