






14 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Pulau Pinang yang ketiga minggu ini selepas sambutan Aidilfitri di Pahang dan Kelantan.
Beliau melahirkan terharu dan gembira dengan sambutan Aidilfitri MADANI di ketiga-tiga negeri ini yang diraikan rakyat berbilang kaum dalam suasanan aman, penuh kasih sayang dan saling menghormati.
Kata Perdana Menteri, suasana harmoni ini membuktikan betapa rakyat enggan menyambut sentimen kebencian dan hasutan permusuhan antara kaum dan agama yang dicetuskan kumpulan ahli politik yang ketandusan idea
“Hakikatnya, orang Melayu, Cina, India, Orang Asli tiada masalah untuk duduk semeja tanpa iri hati atau curiga,” katanya dalam hantaran di FB.
PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DUNIA
Semasa berucap, Perdana Menteri turut menyinggung perkembangan perdagangan dunia terkait pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
“Benar, perkembangan ini membimbangkan terutama bagi sektor tertentu seperti semikonduktor negara dengan 65 peratus eksportnya ke AS,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kita punya pilihan, sama ada mengalah atau mencari jalan keluar daripada situasi ini.
“Justeru saya percaya kita harus manfaatkan hubungan baik dengan AS, China, Eropah dan ASEAN bagi merangka penyelesaian tuntas,” tegasnya.
KEPADA SATU KESEPAKATAN
Alhamdulillah katanya, perbincangan dengan rakan-rakan ASEAN sejak beberapa hari lalu telah menjurus kepada satu kesepakatan untuk negara-negara anggota rantau ini bertindak sebagai satu kekuatan.
Di akhir ucapan, beliau sempat mengupas pengertian ucapan permohonan maaf zahir dan batin, yang sering diungkapkan sewaktu Aidilfitri.
Berbeza dengan negara-negara Islam lain, ungkapan istimewa ini hanya menjadi kebiasaan di Malaysia bagi menggambarkan keikhlasan permohonan maaf itu yang lahir dari hati nurani untuk memperbaiki diri, dan tidak sekadar dibicarakan.
“Semoga Aidilfitri ini menjadi kesempatan untuk mengikat perasaan muhibah antara kita, memperkukuh perpaduan dan berusaha menjadi lebih baik selaras dengan seruan islah mas tata’tu,” katanya. – JM
