



27 MAC 2025
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Program Ilmu MADANI Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah dan Cendera Kasih Aidilfitri di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut turut disampaikan sumbangan hari raya kepada 1,000 wanita yang memerlukan dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat,” kata Dr Wan Azizah menerusi FBnya. – JM
