Guna ‘recycle bag’ adalah langkah kecil sokong amalan kelestarian- Dr Zaliha

20 MAC 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, penggunaan ‘recycle bag’ adalah langkah kecil tetapi signifikan dalam mengurangkan kebergantungan kepada plastik sekaligus menyokong amalan kelestarian.

Beliau berkata, ia bukan sekadar memupuk kesedaran tentang kepentingan produk biodegradasi, tetapi juga selari dengan usaha bandar rendah karbon serta visi Bandar Chase, Clean City ke arah persekitaran yang lebih hijau, bersih, dan lestari.

“Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar dan menginspirasi lebih ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan serta menghargai alam sekitar demi masa depan yang lebih baik,” katanya menerusi hantaran di FB.

MENYANTUNI PARA PENIAGA

Sebelum itu, Dr Zaliha hadir ke Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3, untuk menyantuni para peniaga dan pengunjung.

Beliau bersama pasukan Alam Flora juga mengagihkan bubur lambuk dan ‘recycle bag’ kepada para pengunjung.

Selesai di Bazar Ramadan, saya ke Dataran Perbadanan Putrajaya untuk berbuka puasa dan menyantuni rakyat dalam suasana penuh kebersamaan di bulan yang mulia ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *