PMX terima kunjungan hormat syarikat Klickl

20 MAC 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada syarikat Klickl iaitu sebuah syarikat yang mengoperasikan kewangan dan asset dalam ekosistem digital dan blockchain.

“Kami membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi ini di peringkat antarabangsa termasuk berkenaan dengan kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka kita yang tersendiri,” katanya dalam perkongsian di FB.

POTENSI YANG BESAR

Beliau berkata, Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam bidang ini dan boleh memanfaatkan teknologi blockchain dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkhidmatan kerajaan industri halal dan tidak terhad dalam sektor kewangan dan aset digital sahaja.

“Dalam konteks yang sama, saya tekankan kepentingan membangunkan bakat tempatan dalam sektor ini supaya pelaburan dalam sektor ini dapat memanfaatkan rakyat Malaysia,” kata Perdana Menteri. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *