






12 MAC 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir Majlis Iftar Ramadan dan Penerapan Nilai-Nilai Murni anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Mutiara, Sg. Kob, Kulim, Kedah.
Saifuddin juga menyampaikan sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf di sekitar Kulim.
“Mudah-mudahan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya menerusi hantaran di FB.
“Momen berbuka puasa bersama warga KDN & agensi sentiasa menjadi saat yang istimewa buat saya,” katanya.
Jelas Saifuddin, ia bukan sekadar mengeratkan silaturahim, tetapi juga mengukuhkan nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti. – JM