


12 MAC 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menerusi hantaran di FB, ia merupakan mesyuarat penyelarasan beliau bersama setiap Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seterusnya giliran JSJK PDRM.
ORGANISASI YANG BESAR
“Memandangkan PDRM merupakan sebuah organisasi yang besar dengan skop tugas yang luas serta melibatkan pelbagai cabang siasatan, mesyuarat penyelarasan ini dilaksanakan secara lebih terperinci mengikut jabatan bagi memastikan setiap isu dapat dibincangkan secara menyeluruh dan tuntas,” katanya.
Dalam sesi ini, katanya pelbagai perkara dibangkitkan, termasuk aspek penguatkuasaan, cabaran dalam membanteras jenayah komersial
keperluan memperkukuh mekanisme siasatan, serta strategi meningkatkan keberkesanan operasi bagi melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penipuan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada JSJK PDRM atas kesediaan berkongsi pandangan serta komitmen dalam memperkukuh usaha membanteras jenayah komersial,” katanya. – JM