






12 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan pengamal media daripada pelbagai agensi ketika Majlis Berbuka Puasa MADANI di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Dalam majlis ini, beliau bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada pengamal media yang uzur dan dihimpit pelbagai kesulitan.
“Saya juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama rakan-rakan lama, wartawan dan pengurusan tertinggi dalam pelbagai agensi media cetak, dalam talian, televisyen dan radio sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah,” katanya menerusi perkongsian di FB.
TURUT MENYAMPAIKAN NASIHAT
Anwar turut menyampaikan nasihat kepada tiga penyampai radio Era FM.
Perdana Menteri meminta mereka membantu Kerajaan MADANI menjadi ejen perpaduan selain menoktahkan isu yang berlaku sebelum ini.
“Saya percaya media punyai peranan penting dalam mengangkat martabat dan nama negara ke tahap lebih tinggi,” kata beliau lagi.
“Terima kasih kepada rakan-rakan serta pelbagai pihak yang bekerjasama menjayakan majlis pada malam ini,” tambahnya. – JM