Kerajaan, swasta, rakyat berperanan pastikan Malaysia berdaya tahan cabaran keselamatan siber – PMX

Oleh: Sholina Osman
12 MAC 2025

Semua pihak, sama ada Kerajaan, pihak swasta dan rakyat mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia berdaya tahan mendepani cabaran keselamatan siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sewaktu mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN).

“Saya tegaskan tentang kepentingan keselamatan siber yang menjadi keutamaan negara dalam memperkukuh kesejahteraan serta keharmonian sedia ada,” katanya menerusi hantaran di FB.

Beliau berkata, ia mengambil kira dinamika ancaman siber adalah tinggi sejajar kebergantungan pelbagai aspek kehidupan memerlukan eko-sistem dan prasarana keselamatan siber yang menyeluruh.

PELBAGAI INSTITUSI PENDIDIKAN

“Mesyuarat hari ini juga mengambil maklum akan keupayaan agensi berkaitan dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan serta industri tempatan, yang mampu memastikan Malaysia sentiasa bersedia dan berupaya menghadapi ancaman siber semasa dan akan datang.

Lantas ini menzahirkan keyakinan tinggi Kerajaan terhadap kepakaran dalam negara dalam berdepan cabaran keselamatan siber.

Kebersamaan semua pihak yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan siber bekerjasama dituntut agar ekosistem keselamatan siber dapat dipertingkatkan dengan lebih menyeluruh menggunakan kepakaran anak tempatan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *