PMX lancar buku “Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI”

Petikan FB Anwar Ibrahim
12 MAC 2025

Sewaktu Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama Pengamal Media semalam, saya sempat meluncurkan buku “Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI yang diterbitkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE).

Buku ini mengandungi lebih 30 himpunan teks ucapan saya yang menyinggung hal-hal terkait integriti dan tatakelola, dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Insya-Allah, semoga wujud lebih banyak usaha daripada pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan masyarakat awam untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan integriti serta tatakelola yang baik. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *